Resepi Ayam - Ayam Goreng Berempah
Ayam Goreng Berempah
Bahan-bahan:+++++++++
1. 1 ekor ayam dipotong 12
2. 2 batang daun kari, daun sahaja
3. 2 sudu besar serbuk kari ayam atau daging
4. 2 sudu besar gula
5. 1 sudu besar garam
6. 1 sudu besar lada hitam
7. minyak masak
Bahan-bahan kisar:
+++++++++
1. 1 biji bawang putih
2. 3 biji bawang merah besar
3. 20 g halia
4. 4 batang serai
5. 15 g lengkuas
Kisar semua bahan-bahan. Jika perlu, tambah sedikit air untuk memudahkan proses pengisaran.
Cara penyediaan:
+++++++++
1. Masukkan bahan kisar dalam bekas.
2. Masukkan daun kari, serbuk kari, serbuk pati ayam, gula, garam dan lada hitam ke dalam bekas dan kacau sehingga sebati dengan bahan kisar.
3. Salutkan ayam dengan sama rata dan perap kira-kira 2 jam atau semalaman.
4. Panaskan minyak dalam kuali dengan suhu 180°C hingga 200°C.
5. Terbalikkan ayam setiap 4 hingga 5 minit untuk memastikan ayam dimasak dengan sama rata.
6. Masak sehingga perang keemasan gelap, dan suhu dalaman harus di antara 66°C hingga 73°C.
7. Angkat dan letakkan ayam di tuala kertas untuk mengeluarkan minyak lebihan.
8. Siap dan sedia untuk dihidangkan.
Kredit resepi: Hasnidah Nazar
Post a Comment